PESERTA kontinjen Rumah Panglima bergambar kenangan selepas muncul juara keseluruhan.
PESERTA kontinjen Rumah Panglima bergambar kenangan selepas muncul juara keseluruhan.

Kota Tinggi: Rumah Panglima (Merah) sekali lagi dinobatkan juara keseluruhan Sukan Tahunan 2016 SMK Tan Sri Jaafar Albar.

Juara keseluruhan ditentukan berdasarkan pungutan mata dari sukan merentas desa dan sukan tara yang dijalankan pada awal tahun.

Rumah Panglima muncul juara untuk ketiga-tiga jenis sukan ini sekali gus menjadikan mereka juara keseluruhan.

Rumah Panglima mendahului senarai dari segi pungutan pingat dengan memperoleh 23 emas, 15 perak dan 17 gangsa. Rumah Bendahara (Kuning) dan Laksamana (Biru) berkongsi tempat pungutan 10 emas manakala Rumah Temenggong (Hijau) di tempat keempat dengan lima emas keseluruhan.

Olahragawati menjadi milik Fatihah Jasmani dari Rumah Panglima selepas memperoleh tiga emas dan satu perak. Mohd Ros Iman Ramli juga dari Rumah Panglima dinobatkan Olahragawan dengan empat emas.

Dalam pada itu, Rumah Panglima juga terus unggul dalam acara perbarisan apabila dianugerahkan perbarisan tercantik, manakala Rumah Bendahara dianugerahkan khemah tercantik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 5:15 AM