MURID SKTAR2 sedia menyertai Larian Temenggong.
MURID SKTAR2 sedia menyertai Larian Temenggong.

Johor Bahru: Demi menyahut seruan Kementerian Pendidikan yang mahu melahirkan murid sihat dan aktif dalam mahupun di luar kelas, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 (SKTAR2) tampil dengan idea untuk mengadakan acara merentas desa yang dijenamakan semula sebagai Larian Temenggong.

Program itu disertai semua murid terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai kira-kira 320 murid, diadakan di sekitar sekolah itu dengan jarak larian sejauh 4 kilometer mengikut kategori umur.

Guru Besar SKTAR2 Suparman Samsuri berkata, tahun ini program merentas desa dengan penjenamaan Larian Temenggong diadakan lebih awal.

“Larian ini diadakan bertujuan mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat daerah dan negeri,” katanya.

“Selain itu, program ini mendapat kerjasama yang baik daripada PIBG sekolah dan bermatlamat memupuk budaya gaya hidup sihat kepada murid dan juga warga sekolah dalam misi memperkasakan lagi pendidikan dan melahirkan generasi yang sihat minda dan tubuh badan.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 10:50 AM