CHARLES (kiri) bersimpati terhadap kegagalan England di final. FOTO  Reuters
CHARLES (kiri) bersimpati terhadap kegagalan England di final. FOTO Reuters
Reuters

Berlin: Raja Charles III meluahkan rasa simpati yang mendalam kepada pasukan England selepas kekalahan mereka dalam final Euro 2024, sambil turut mengucapkan tahniah kepada Sepanyol atas kejayaan mereka.

"Semua yang menyertai aktiviti sukan di mana-mana tahap pasti tahu betapa kecewanya merasai keputusan sebegini apabila kemenangan itu begitu hampir, malah kita juga perlu mengucapkan tahniah kepada Sepanyol.

"Tetapi ketahuilah bahawa kejayaan anda untuk sampai ke final Euro adalah pencapaian yang sangat hebat dan membawa bersamanya kebanggaan dari seluruh negara yang akan terus memberi sokongan kepada Three Lions," katanya.

Pemain gantian, Mikel Oyarzabal, menjaringkan gol pada minit ke-86 untuk memberikan kemenangan 2-1 Sepanyol ke atas England dalam final Euro 2024 sebentar tadi.

Ia adalah rekod buat La Roja dengan muncul pasukan paling banyak menjuarai Euro iaitu sebanyak empat kali, manakala skuad bimbingan Gareth Southgate mengalami kekalahan dalam final kedua berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 7:05 AM