NAJIB (kiri) fail saman terhadap Pua. FOTO arkib NSTP
NAJIB (kiri) fail saman terhadap Pua. FOTO arkib NSTP
Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee di Mahkamah Tinggi di sini, berhubung kenyataan dan klip video membabitkan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) yang didakwa memfitnahnya.

Najib, 63, yang bertindak atas kapasiti peribadi memfailkan saman itu melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi, hari ini dengan menamakan Pua, 44, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Najib mendakwa Pua ada membuat kenyataan fitnah di ruang legar Parlimen dan ia dirakamkan sebelum dimuat naik ke laman Facebook atas nama 'Tony Pua'.

Video itu bertajuk 'BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU 355 Private Member's Bill' yang dimuat naik pada 6 April lalu.

Sehubungan itu, Najib menuntut ganti rugi am, teladan dan faedah lain serta injuksi bagi menahan defendan daripada menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadapnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 3:57 PM