Kata pepatah, ingat sebelum kena! Jika sudah terkena, satu sen pun tak berguna.

Begitulah bidalan orang lama yang masih lagi relevan digunakan sampai kini.

Menyebut perkara ini, SS teringat satu peristiwa yang berlaku membabitkan penerbit drama dan barisan produksinya yang menjalani penggambaran di sebuah lokasi berhampiran kawasan bencana banjir, baru-baru ini.

Agak menghairankan manusia diberi akal untuk berfikir baik dan buruk sesuatu perkara. Namun, agak menghairankan apabila penerbit ini buat keputusan memilih buat penggambaran di situ.

Jika diikutkan logik akal, kawasan itu sering berdepan musim teng­kujuh setiap hujung tahun, sudah tentulah ia berdepan risiko banjir besar seperti yang berlaku baru-baru ini dan masih berlarutan sehingga kini.

Cuma, SS difahamkan lokasi yang dipilih itu terselamat daripada terkena banjir, tetapi untuk ke sana perlu berdepan de­ngan kawasan yang dilanda banjir dan berisiko tinggi.

Kerana itu, mungkin untuk me­ngelakkan kerugian, penerbitnya sanggup memaksa kru produksi dan beberapa pelakon supaya hadir juga dari ibu kota ke lokasi bagi meneruskan penggambaran.

Baginya apapun terjadi drama perlu disiapkan. SS puji semangatnya, tetapi janganlah sampai membahayakan nyawa orang lain. SS tidak dapat bayangkan artis yang terbabit tiba-tiba terkena musibah. Siapa agaknya nak menjawab?

SS nasihatkan dalam apa juga perkara, keselamatan perlu diutamakan. Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.

SS: Sering pastikan keselamatan di mana-mana sahaja termasuk di jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:00 AM