TANGKAP layar video mengenai tindakan Koperal Hasrul ketika membantu membuka laluan untuk sebuah ambulans di ibu kota. FOTO Ihsan FB PDRM
TANGKAP layar video mengenai tindakan Koperal Hasrul ketika membantu membuka laluan untuk sebuah ambulans di ibu kota. FOTO Ihsan FB PDRM
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Bukan setakat mengiring 'vip', tindakan Koperal Hasrul Farid Yunus@Hassan membuka laluan buat sebuah ambulans di tengah-tengah kesesakan ibu kota harus diberikan pujian.

Tindakan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu seiring dengan moto Polis Diraja Malaysia 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

PDRM dalam satu hantaran di Facebook menyifatkan perkara itu sebagai salah satu tanggung jawab mereka dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan orang awam.

"Terima kasih buat Koperal Hasrul Farid Yunus @ Hassan dari JSPT Kuala Lumpur kerana memberikan bantuan melancarkan aliran trafik bagi memudahkan perjalanan sebuah ambulans yang berada dalam kecemasan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Tanggungjawab dilaksanakan walau di mana kami berada selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain sentiasa terjamin.

"Semoga keikhlasan dan keprihatinan anda menjalankan tugas menjadi contoh kepada warga Sang Saka Biru yang lain," katanya dalam hantaran itu hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 6:01 PM