Foto ini ihsan pembaca Harian Metro
Foto ini ihsan pembaca Harian Metro
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Bayi lelaki masih hidup berusia sehari ditemui dalam keadaan berselimut putih di perhentian bas hadapan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu pada 6.25 pagi.

Menurutnya, bayi itu ditemui pengawal keselamatan HSB sebelum menghubungi pihak polis.

"Bayi itu kini dirawat di HSB dan kita sedang mengenal pasti suspek.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 371 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 11:34 AM