ANTARA pengunjung mengambil peluang bergambar dengan Datuk Lee Chong Wei di LIMA 2017. FOTO Mohd Shahril Badri
ANTARA pengunjung mengambil peluang bergambar dengan Datuk Lee Chong Wei di LIMA 2017. FOTO Mohd Shahril Badri
Muhammad Hafis NawawiFardy Bungga dan Sofyan Rizal Ishak dan Hamzah Osman


PENGUNJUNG tidak lepaskan peluang bergambar bersama jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei di Resort World Langkawi, sebaik dia hadir, hari ini, di ruang pameran LIMA '17.

Chong Wei ditemani isterinya yang juga bekas pemain badminton wanita, Datin Wong Mee Choo lengkap berpakaian seragam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerumuni orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambar bersamanya.

Beliau yang baru menjuarai Kejohanan All England baru-baru ini meluang masa untuk menyaksikan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA '17).

Chong Wei sebelum ini dinaikkan pangkat kepada Komander Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), Oktober lalu.

Orang ramai juga mula berpeluang menyaksikan pameran LIMA kali bermula esok selepas ia dibuka kepada mereka selama dua hari dan melihat pertunjukan pasukan aerobatik lebih dekat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 4:14 PM