SEBAHAGIAN 30 murid sekolah teruja bergambar kenangan bersama juruterbang jet pejuang Sukhoi TUDM, Mejar Mohd Norazan Othman. FOTO Hamzah Osman
SEBAHAGIAN 30 murid sekolah teruja bergambar kenangan bersama juruterbang jet pejuang Sukhoi TUDM, Mejar Mohd Norazan Othman. FOTO Hamzah Osman
Muhammad Hafis NawawiFardy Bungga dan Sofyan Rizal Ishak dan Hamzah Osman


Langkawi: Tiga puluh murid sekolah rendah di pulau ini terpilih bergambar bersama juruterbang jet pejuang Sukhoi Su-30MKM TUDM, Mejar Mohd Norazan Othman, hari ini.

Situasi itu berlaku apabila juruterbang kelahiran Kampung Lubuk Setol, Langkawi, selesai melakukan aksi aerobatik di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), di sini, pagi ini.

Murid, Azliana Sofia Zaini, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Matsirat, berkata dia sangat teruja selepas juruterbang anak Langkawi itu sudi menerima pelawaan dia dan rakan bergambar kenangan.

"Memang gembira sangat kerana dapat bergambar dan berbual sepatah dua kata dengan juruterbang yang hebat di udara.

“Memang saya berdebar menyaksikan jet pejuang yang diterbangkannya melayang dan menjunam macam burung.

"Ketika berbual, dia nasihat saya dan rakan-rakan supaya belajar rajin rajin. Mungkin pada satu hari nanti boleh jadi juruterbang TUDM," katanya ketika ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 2:31 PM