FOTO NSTP
FOTO NSTP
Muhammad Hafis NawawiFardy Bungga dan Sofyan Rizal Ishak dan Hamzah Osman


Seorang lelaki yang mengenakan pakaian adiwira Spiderman ke pusat Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini menarik perhatian pengunjung LIMA'17.

Sebaik menyedari kehadirannya, orang ramai terutamanya pengunjung kanak-kanak berlumba-lumba mengambil kesempatan bergambar bersama adiwira terbabit.

Mohd Fauzan Hazri, 30, berkata, tindakannya memakai cosplay itu hanya sekadar untuk menghiburkan pengunjung yang datang ke pameran berkenaan.

Dia yang berasal dari Sik, Kedah memberitahu, selain dari menghiburkan pengunjung, dia juga berminat untuk menyaksikan pertunjukan formasi jet pejuang pada hari terakhir LIMA'17.

"Saya datang saja nak buat kecoh untuk menghiburkan pengunjung terutamanya kanak-kanak," katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Fauzan berkata, selain daripada kostum Spiderman, dia juga memiliki cosplay adiwira lain seperti Ironman, Batman dan Captain America.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2017 @ 4:50 PM