GAMBAR X-ray menunjukkan kedalaman paku yang menusuk otak Zhao. - Agensi
GAMBAR X-ray menunjukkan kedalaman paku yang menusuk otak Zhao. - Agensi
Agensi

Nanning, China: Seorang lelaki hampir maut selepas kepalanya ditusuk sebatang paku sepanjang 15 sentimeter dalam satu pergaduhan di sini baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika lelaki yang dikenali sebagai Zhao, 35, itu bermain snuker bersama seorang rakannya pada 21 Februari lalu.

Ketika bermain, Zhao didatangi seorang suspek berusia 50 tahun sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan apabila suspek memukul kepala Zhao dengan kayu snuker beberapa kali.

Serangan itu menyebabkan Zhao terbaring di lantai dengan kepalanya berlumuran darah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2017 @ 5:25 AM