GAMBAR kanan menunjukkan kanak-kanak yang namanya tidak disiarkan direndam dalam tasik. Gambar kiri, budak itu dimasukkan ke dalam sangkar dengan memegang wang yang dicurinya.
GAMBAR kanan menunjukkan kanak-kanak yang namanya tidak disiarkan direndam dalam tasik. Gambar kiri, budak itu dimasukkan ke dalam sangkar dengan memegang wang yang dicurinya.
Agensi

Nanning, China: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dipaksa melutut meminta maaf, dimasukkan ke dalam sangkar babi sebelum direndam di dalam tasik sebagai hukuman kerana mencuri wang berjumlah lebih 20,000 yuan (RM11,800).

Portal berita NetEase melaporkan, budak itu memasuki sebuah rumah dengan memanjat tembok sebelum masuk melalui tingkap di tingkat dua.

Seorang jiran yang melihat kejadian itu menyangka budak berkenaan saudara jirannya yang datang melawat ketika musim perayaan.

Jiran itu hanya menyedari budak lelaki itu pencuri selepas mangsa mengadu wangnya hilang.

Penduduk kampung yang berang mengambil keputusan menghukum kanak-kanak berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 7:08 AM