Fabrizio Zanotti juara Kejohanan Golf Maybank Malaysia 2017  di Kelab Golf & Country Saujana Subang, hari ini. FOTO  Osman Adnan
Fabrizio Zanotti juara Kejohanan Golf Maybank Malaysia 2017 di Kelab Golf & Country Saujana Subang, hari ini. FOTO Osman Adnan
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pemain golf ranking ke-187 dunia, Fabrizio Zanotti melakukan kejutan apabila muncul juara edisi kedua Kejohanan Maybank selepas mempamer aksi cemerlang pada pusingan terakhir di lapangan Saujana Golf & Country Club, hari ini.

Pemain berasal dari Paraguay itu mencatat sembilan bawah par 63, hari ini untuk catatan keseluruhan 269 pukulan 19 bawah par.

Bermula di lubang pertama, dia membenam tujuh birdie tetapi eagle yang dilakukan pada lubang terakhir nyata banyak membantunya untuk melakar kejuaraan itu.

Dengan kemenangan itu, Zanotti membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$500,000 (RM2.2 juta).

David Lipsky dari Amerika Syarikat menduduki tempat kedua apabila ketinggalan hanya satu pukulan selepas mencatat lima bawa par 67 untuk catatan keseluruhan 270 pukulan 18 bawah par.

Pendahulu hari kedua, Bernd Wiesberger dari Austria menduduki tempat ketiga dengan catatan enam bawah par 66 untuk catatan keseluruhan 271 pukulan 17 bawah par.

Ben Leong muncul pemain terbaik negara apabila berkongsi di kedudukan ke-12 selepas mencatat tiga bawah par 69 pada hari terakhir untuk catatan keseluruhan 279 pukulan sembilan bawah par.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 4:24 PM