BUSQUETS (tengah) dan Iniesta (kanan) sudah cergas dan bakal beraksi.
BUSQUETS (tengah) dan Iniesta (kanan) sudah cergas dan bakal beraksi.
AFP

Madrid: Buat kali pertama sejak Oktober lalu, Barcelona berpeluang untuk menakluk tangga teratas La Liga malam esok dan kelab gergasi Sepanyol itu juga dapat mengkaji kekuatan Alaves musuh yang akan ditemui di final Copa del Rey.

Alaves mengalahkan Celta Vigo untuk layak ke final Copa del Rey buat kali pertama sepanjang 96 tahun sejarah penubuhan mereka manakala Barca pula mengetepikan cabaran Atletico Madrid sebelum ke perlawanan akhir buat kali keempat berturut-turut.

Begitupun, impian Barca untuk melakar trebel kedua berturut-turut dalam tempoh tiga musim berdepan halangan berikutan terpaksa bertemu Alaves di Mendizorroza sebelum bertandang ke Paris Saint-Germain untuk aksi Liga Juara-Juara, Rabu nanti.

Juara bertahan itu ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Real Madrid yang turut mempunyai baki dua perlawanan di tangan tetapi ketika Real hanya akan bermain lebih lewat di Osasuna, kemenangan akan membolehkan Barca mengetuai La Liga untuk tempoh sekurang-kurangnya beberapa jam.

Pengurus Barca Luis Enrique boleh menurunkan kesebelasan utamanya selepas Sergio Busquets dan Andres Iniesta kembali cergas manakala Neymar juga sudah melengkapkan penggantungan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2017 @ 7:00 AM