SUKARELAWAN Misi  Food Flotilla For Myanmar membantu mengankat barangan di  Pelabuhan Yangon. FOTO Syarafiq Abd Samad
SUKARELAWAN Misi Food Flotilla For Myanmar membantu mengankat barangan di Pelabuhan Yangon. FOTO Syarafiq Abd Samad
Yusmizal Dolah Aling


Yangon : Kerja pemunggahan barangan sumbangan Food Flotilla for Myanmar masih berjalan walaupun selepas 7 jam berlabuh.

Ketika ini sukarelawan bertungkus lumus memindahkan barang berupa 50,000 pek mi segera, 12,000 botol air minuman dan kit kebersihan ke dermaga.

Sekretariat logistik Datuk Mutalif Rahim berkata, semua barangan ini dijangka dapat dipindahkan sebelum 3 pagi waktu tempatan (4.30 pagi waktu Malaysia) dan setakat ini, sudah lebih separuh dipindahkan.

Turut sama pegawai kedutaan Malaysia di Myanmar serta Pengarah Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Win Shwe.

Nautical Aliya dijangka berlayar dari Terminal Antarabangsa Myanmar, Thilawa, 12.30 tengah hari waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).

Misi berkenaan disertai 195 sukarelawan yang akan membantu masyarakat muslim di Teknaf dan Myanmar yang hidup melarat akibat konflik sejak 9 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 1:02 AM