Azeez  bersalaman dengan Dr Win (empat dari kanan)  di  Pelabuhan Yangon pada Majlis Penyerahan 500 tan barangan bantuan kepada etnik Rohingya dalam Misi  Food Flotilla For Myanmar. Turut serta, Mohd Azmi. FOTO Sharafik Abd Samad

Yusmizal Dolah Aling

Yangon: Serah secara rasmi. Selepas tujuh hari berlayar akhirnya Food Flotilla For Myanmar menyerahkan 500 tan barangan sumbangan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia, jam 5.15petang ini.

Dijalankan dalam suasana penuh simbolik, penyerahan itu memberi makna yang besar kepada misi ini yang kini dalam perjalanan ke destinasi kedua, Chittagong di Bangladesh.

Ketibaan kapal dengan 184 sukarelawan disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Duta Besar Malaysia ke Myanmar Mohd Haniff Abd Rahman.

Myanmar pula diwakili Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Dr Win Myat Aye bersama beberapa kenamaan lain.

Ketua Misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid menyerahkan barangan itu kepada Dr Win Myat Aye dalam satu majlis sebaik Nautical Aliya merapat ke dermaga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 6:39 PM