Nautical Aliya yang kini berlabuh di luar Terminal Antarabangsa Thilawa Myanmar.  - Foto Fail
Nautical Aliya yang kini berlabuh di luar Terminal Antarabangsa Thilawa Myanmar. - Foto Fail
Daripada Yusmizal Dolah Aling


Perairan Myanmar: Nautical Aliya dijangka bergerak memasuki Terminal Antarabangsa Thilawa Myanmar pada 12 tengah hari (waktu tempatan - 1.30 petang waktu Malaysia ) hari ini, lewat dua jam daripada jadual asal.

Ia berikutan malim pelabuhan lewat menaiki kapal menyebabkan jadual itu tertangguh.

Terdahulu, sukarelawan memunggah barangan sumbangan yang akan diserahkan kepada kerajaan Myanmar petang ini.

Majlis dijangka bermula 4 petang waktu tempatan dengan dihadiri Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Duta Besar Malaysia ke Myanmar Mohd Haniff Abdul Rahman serta beberapa orang kenamaan Myanmar.

Misi Food Flotilla For Myanmar disertai 184 sukarelawan yang akan membantu masyarakat Islam di Chittagong dan Myanmar yang hidup melarat akibat konflik sejak Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 1:00 PM