KEADAAN kem perlarian Rohingya dari Myanmar di Taknaf. FOTO AP
KEADAAN kem perlarian Rohingya dari Myanmar di Taknaf. FOTO AP
Yusmizal Dolah Aling


Perairan Myanmar: Penganjur Food Flotilla For Myanmar mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Bangladesh untuk masuk ke Kem Musuni, Ukiya dan dua penempatan di Kem Kutupalong Cox's Bazar.

Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata permintaan itu dibuat menerusi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh Nur Ashikin Mohd Taib dan berharap ia diluluskan selewat-lewatnya esok.

Katanya, Kem Musuni, Teknaf mempunyai 1,600 keluarga, penempatan baru di Kutupalong mempunyai 6,347 keluarga manakala penempatan lama didiami 5,700 keluarga.

"Oleh itu, kita mohon kepada Bangladesh memberi kebenaran untuk sukarelawan turun dan menyerahkan sumbangan kepada masyarakat di sana," katanya pada sidang media.

Selain itu, katanya, misi ini juga akan menyerahkan bekalan ubatan dan barangan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

Nautical Aliya yang ketika ini dalam pelayaran menuju Chittagong dijangka tiba Isnin ini.

Ia adalah misi memberi bantuan kepada masyarkat muslim yang terjejas akibat konflik, 9 Oktober tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2017 @ 6:09 PM