SUKARELAWAN melihat keadaan kapal Nautical Aliya ketika di perairan Myanmar. FOTO Syarafiq Abd Samad
SUKARELAWAN melihat keadaan kapal Nautical Aliya ketika di perairan Myanmar. FOTO Syarafiq Abd Samad
Yusmizal Dolah Aling


Perairan Myanmar: Selepas berlayar dari Pelabuhan Klang Sabtu lalu, Nautical Aliya selamat berlabuh kira-kira 10 batu nautika dari Pelabuhan Yangon, 11.15 malam tadi.

Ketua Misi Food Flotilla For Myanmar, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika membuat pengumuman itu berkata, kapal akan merapat ke dermaga ketika air pasang mulai 10 pagi nanti.

Kapal itu dijangka tiba di dermaga pada 1 tengah hari.

Katanya majlis penyerahan sumbangan dijangka bermula 4 petang waktu Myanmar (5.30 petang waktu Malaysia) di pelabuhan.

"Alhamdulillah kita selamat sampai dan kita akan dibantu oleh kapten tempatan di pelabuhan Yangon untuk membawa kapal merapat ke dermaga.

"Kita akan serahkan 500 tan barangan dalam majlis esok dan bergerak ke Chittagong," katanya.

Misi berkenaan disertai 195 sukarelawan yang akan membantu masyarakat muslim di Teknaf dan Myanmar yang hidup melarat akibat konflik sejak 9 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 12:08 AM