ELAVARASAN (tiga kanan) mahu pemain raih mata penuh di Shah Alam.
ELAVARASAN (tiga kanan) mahu pemain raih mata penuh di Shah Alam.
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Jurulatih PKNS FC E Elavarasan bersedia menurunkan pemain import baru dari Argentina Lucas Espindola dalam perlawanan Liga Super menentang Selangor di Stadium Shah Alam hari ini dalam misi mencari kemenangan pertama.

Espindola, 22, dari Buenos Aires tidak beraksi ketika PKNS tewas 0-1 kepada FELDA United dan 1-3 di tangan Kelantan sebelum ini yang menyebabkan kelab itu menduduki tangga kedua tercorot tanpa sebarang mata.

Elavarasan yang sebelum ini merungut kerana aksi kurang baik anak buahnya minggu lalu ketika menentang Kelantan di Stadium Shah Alam percaya kehadiran pemain import keempat itu mampu menghidupkan ‘enjin’ tengah pasukan.

“Sebelum ini ada masalah sedikit dengan pendaftaran Espindola tapi sekarang semua dokumen sudah lengkap dan dia tidak ada masalah untuk diturunkan. Dia masih baru bersama pasukan, mungkin saya akan turunkan Espindola dalam kesebelasan utama atau sebagai pemain gantian dalam perlawanan dengan Selangor.

“Saya yakin jika dia bermain esok (hari ini) ‘enjin’ kita akan dalam keadaan lebih baik,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 5:24 AM