MANE (tiga dari kiri) meraikan kemenangan Liverpool bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
MANE (tiga dari kiri) meraikan kemenangan Liverpool bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Liverpool, England: Juergen Klopp akhirnya mempunyai alasan untuk meraikan Krismas selepas gol dramatik Sadio Mane pada minit ke-94 menyaksikan pasukannya melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 pada pertembungan jiran setempat Merseyside ke atas Everton, awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan pasukan Klopp ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Chelsea menjelang tempoh cuti perayaan, cara tepat buat kelab itu bersiap sedia menyambut perayaan hujung minggu ini.

“Saya terlalu gembira,” kata Klopp, yang berkunjung buat julung kali ke Goodison Park.

“Kami kini mengumpul 37 mata dan ia bagus.

“Ia sepatutnya lebih 40 tapi ia tetap baik (mereka keciciran lima mata baru-baru ini menentang Bournemouth dan West Ham selepas mendahului dalam kedua-dua perlawanan).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 8:15 AM