Christian Eriksen. FOTO Agensi
Christian Eriksen. FOTO Agensi
AFP

Dortmund, Jerman: Masalah perut dialami tonggak tengah Denmark, Christian Eriksen diharap segera diatasi bagi membolehkan pemain itu mengemudi bahagian tengah pasukan menjelang aksi peringkat 16 terbaik menentang Jerman.

Pengendali pasukan, Kasper Hjulmand berkata, selain Eriksen seorang lagi pemain iaitu Thomas Delaney turut mengalami masalah sama.

Jelasnya, kedua-dua pemain itu tidak turun berlatih dan direhatkan bagi membolehkan masing-masing segera sembuh.

"Mereka berdua mengalami masalah perut dan pasukan terpaksa mengasingkan mereka. Kita harap mereka seger sembuh dan dapat membantu pasukan menentang Jerman nanti," katanya.

Ujar Delaney lagi, tahap kesihatan Eriksen semakin baik dan beliau menjangkakan tonggak Manchester United itu sempat pulih sepenuhnya.

Pada saingan Euro 2020 lalu, Eriksen, 32, pernah rebah ketika aksi menentang Finland selepas nadinyatiba-tiba terhenti namun dia Kembali stabil selepas mendapat rawatan di hospital.

Selasa lalu, dia membuat penampilan ke-133 buat Denmark ketika bertemu Serbia dalam perlawanan terakhir Kumpulan C.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 3:02 AM