MAYAT mangsa ditemui oleh pemancing. FOTO ihsan Bomba
MAYAT mangsa ditemui oleh pemancing. FOTO ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Semenyih: Mayat lelaki warga Indonesia ditemui terapung berhampiran Jambatan Sungai Rinching Hilir, Jalan Bangi Lama di sini, kira-kira 5 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bangi Azmel Kamaruddin berkata, pihaknya dimaklumkan penduduk kampung bahawa seorang pemancing menemui mayat Musniadi Jondro, 55, terapung berhampiran kawasan loji rawatan air bersih Semenyih dua.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian.

"Waris mangsa sudah dimaklumkan berhubung penemuan itu dan mayatnya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari kedua itu ditamatkan kira-kira 7 malam tadi.

Difahamkan kali terakhir mangsa dilihat ketika keluar dari rumahnya di Batu 2, Jalan Bangi Semenyih di sini, kira-kira 8 malam Isnin lalu sebelum penduduk kampung menemui motosikalnya berhampiran tebing sungai berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2017 @ 9:35 PM