Manggar, Belitung Timur: Operasi kini tertumpu di Pangkalan Bun, Kalimantan yang juga termasuk dalam sektor 12 pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berikutan penemuan serpihan disahkan milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Ketua Seksyen Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Belitung Timur, Andri Andy berkata, keseluruhannya terdapat 13 sektor pencarian.

Katanya, pencarian di sektor lain akan dihentikan bagi memberikan tumpuan khusus kepada sektor 12 yang didapati ada 10 titik penemuan dipercayai serpihan bangkai pesawat itu.

"Kami menunggu arahan untuk menutup operasi SAR di lokasi selain sektor 12," katanya di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 5:34 PM