Mesin simulator perjudian yang dirampas STAGG dalam serbuan itu semalam. Foto Ihsan PDRM
Mesin simulator perjudian yang dirampas STAGG dalam serbuan itu semalam. Foto Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman menyerbu dua pusat hiburan keluarga yang menjalankan kegiatan perjudian di Pekan Simpang Kuala dan Kawasan Perusahaan Mergong 2, di sini serta merampas 32 mesin simulator, satu mesin bola golek dan wang tunai RM1,695 semalam.

Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam serbuan bermula jam 1 tengah hari itu, seramai lapan pekerja ditahan terdiri tujuh wanita dan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

Menurutnya, ketika serbuan itu juga, seramai 11 lelaki yang leka berjudi turut ditahan dan siasatan mendapati mesin di pusat hiburan keluarga itu diubah suai menjadi mesin perjudian.

"Kita merampas sebanyak 32 mesin simulator, satu mesin golek bola bersama cip komputer dan wang tunai RM1,695.

"Siasatan mendapati kedua-dua pusat hiburan keluarga itu sudah beroperasi lapan bulan dan tidak memiliki lesen selain beroperasi di kawasan perkampungan serta pekan kecil," katanya ketika dihubungi tadi.

Khairi Ahrasa berkata, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 (B0 Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6 Enakmen Hiburan Negeri Kedah dan Seksyen 6 (1) (c) AKta Imigresen 1959.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 4:07 PM