DUA bilik di pusat hiburan berkenaan disewa dan digunakan untuk aktiviti perjudian.
DUA bilik di pusat hiburan berkenaan disewa dan digunakan untuk aktiviti perjudian.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur : Polis menyerbu pusat karaoke yang dijadikan mini kasino di Jalan Imbi dan menahan 15 orang, awal pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan pada 3 pagi itu mendapati dua bilik di pusat hiburan berkenaan disewa dan digunakan untuk aktiviti perjudian.

Katanya, wang tunai lebih RM70,000 dan 749 keping cip yang digunakan untuk tujuan perjudian turut dirampas.

"Semua tahanan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) ARJT 1953, Seksyen 4 (1) ARJT 1953," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya mengucapkan syabas STAGG yang berjaya menumpaskan sindiket perjudian mini kasino.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 2:36 PM