Deputi Superintendan Hussin Mat Junus (tengah) menunjukkan peralatan perjudian yang ditemui manakala gambar kecil adalah wang tunai yang dirampas (gambar kecil)
Deputi Superintendan Hussin Mat Junus (tengah) menunjukkan peralatan perjudian yang ditemui manakala gambar kecil adalah wang tunai yang dirampas (gambar kecil)
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Polis menyerbu pusat karaoke yang dijadikan mini kasino di Jalan Raja Chulan dan menahan 27 orang, semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya mengucapkan syabas kepada Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) yang turut berjaya merampas mesin ala casino dalam serbuan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan pada 9.10 malam itu mendapati salah satu bilik di pusat hiburan berkenaan disewa dan digunakan untuk aktiviti perjudian.

Katanya, serbuan turut berjaya merampas wang tunai lebih RM 80,000 dan 733 keping cip yang digunakan untuk tujuan perjudian.

"Semua tangkapan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) ARJT 1953, Seksyen 6 (1)(c)Akta Imigresen serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 11:43 AM