Mayat ditutup dengan kain di lokasi kejadian. (Gambar kecil) Rizal Effendi. FOTO Shamsudin Husin
Mayat ditutup dengan kain di lokasi kejadian. (Gambar kecil) Rizal Effendi. FOTO Shamsudin Husin
Shamsudin Husin


Chukai: Seorang pemuda cacat pendengaran maut selepas motosikalnya bertembung dengan lori di Kilometer 146.8 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Cheneh, dalam kejadian jam 8.50 pagi tadi.

Rizal Effendi Ngah, 33, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Padang Kubu ke arah Kuantan dikatakan terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan.

Sebuah lori dari arah bertentangan tidak sempat mengelak sebelum bertembung dengan Honda EX5 ditunggang mangsa.

Mangsa parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 4:00 PM