Mohd Hafizee Mohd Arop dan Muhamad Izzat Nasuruden

Taiping: Dengan sekali lafaz, pelakon Samihah Ahmad Baderi atau Mia Ahmad, 29, sah menjadi isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Ta'azim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan, 25, di Taiping Sentosa Villa, di sini hari ini.

Mia yang popular dengan lakonannya dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di TV3 kelihatan tenang sebaik sahaja akad nikah selesai dilafazkan jam 11 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam Aulong, Ustaz Abd Rashid Azidin.

Mia kelihatan anggun menggayakan busana putih mutiara itu menerima RM2,000 sebagai mas kahwin.

Selain itu, Mia menerima tujuh dulang hantaran daripada Mohd Izham dan dibalas sembilan dulang hantaran.

Majlis itu berlangsung dengan meriah dan dihadiri kira-kira 200 orang ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2017 @ 11:39 AM
Pelakon Samiha Ahmad Baderi atau lebih dikenali Mia Ahmad sah bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT),Mohd Izham Tarmizi. selepas di ijab kabul di Taiping Sentosa Villa. FOTO Effendy Rashid