Datuk Mat Yasim Awang (dua kanan) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Sivik Paka. FOTO Rosli Ilham
Datuk Mat Yasim Awang (dua kanan) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Sivik Paka. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Seramai 86 mangsa banjir di daerah ini masih berada di pusat pemindahan banjir di Paka.

Pegawai Daerah Dungun Datuk Mat Yasim Awang berkata, daripada jumlah itu, seramai 72 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di Dewan Sivik Paka. 

Katanya, seramai 14 lagi mangsa banjir daripada empat keluarga di Kampung Durian Mentangau ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau. 

"Walaupun keadaan cuaca pada pagi ini dan semalam menunjukkan perkembangan baik tetapi keadaan air yang bertakung di kawasan kediaman mereka masih belum surut," katanya.

Menurutnya, keadaan penempatan mangsa di kawasan rendah menyebabkan air bertakung dan gagal mengalir ke parit berdekatan. 

"Sekiranya keadaan cuaca panas sepanjang hari, mangsa banjir akan dapat pulang ke rumah masing-masing.

"Mereka tidak dibenarkan pulang kerana kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku memandangkan air masih bertakung terutama kepada kanak-kanak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 11:22 AM