ANTARA reaksi Ronald Koeman pada perlawanan bertemu Poland. FOTO AFP
ANTARA reaksi Ronald Koeman pada perlawanan bertemu Poland. FOTO AFP
AFP

Hamburg: Jurulatih Belanda, Ronald Koeman, mengakui pasukannya 'bernasib baik' kerana tidak dihukum selepas mensia-siakan deretan peluang ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Poland pada kempen Euro 2024.

Mereka ketinggalan menerusi tandukan Adam Buksa sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-29 menerusi Cody Gakpo.

Namun, Gakpo, Memphis Depay, Denzel Dumfries dan Xavi Simons semuanya bersalah kerana mensia-siakan banyak peluang terbaik, sebelum pemain gantian, Wout Weghorst menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83.

"Ia sepatutnya 4-1 memihak kami selepas sejam. Kami bermain dengan sangat baik tetapi tidak dapat menjaringkan gol," kata Koeman.

"Ia berbahaya bagi kami tetapi kami bernasib baik dan dapat menjaringkan gol kedua... Saya rasa keputusan perlawanan dapat meningkatkan lagi keyakinan kami.

"Belanda akan menghadapi pasukan pilihan juara, Perancis, pada Sabtu ini sebelum menamatkan kempen Kumpulan D menentang Austria pada 26 Jun," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 12:38 AM