Orang ramai meredah banjir di Kampung Matang, Hulu Telemong. FOTO Rozainah Zakaria
Orang ramai meredah banjir di Kampung Matang, Hulu Telemong. FOTO Rozainah Zakaria
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 2,947 orang daripada 954 keluarga jam 3 petang ini berbanding 4,066 orang pagi tadi.

Semua mangsa ditempatkan di 37 pusat pemindahan berbanding 53 pusat pemindahan di Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Marang.

Menurut kenyataan banjir, etindakan.terengganu.gov.m,sehingga jam 3 petang, daerah Hulu Terengganu masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1, 845 orang daripada 675 keluarga di 16 pusat pemindahan berbanding 2,268 orang (789 keluarga) di 22 pusat pemindahan.

Di Marang, seramai 500 orang mangsa daripada 137 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan berbanding hanya 491 orang (128 keluarga) pagi tadi.

Di Kemaman, jumlah mangsa menurun kepada 463 mangsa daripada 108 keluarga di tempatkan di empat pusat pemindahan berbanding 595 orang daripada 141 keluarga sebelum ini.

Bagaimapun, jumlah mangsa banjir di Dungun kekal seramai 117 orang mangsa daripada 28 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di Surau Besol Lama, Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau dan Dewan Sivik Paka.

Sementara itu , di Setiu, hanya 22 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 4:18 PM