TANGKAP layar gambar dan video tular mengenai lembu didakwa terlepas di LDP.
TANGKAP layar gambar dan video tular mengenai lembu didakwa terlepas di LDP.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Petaling Jaya: Media sosial sejak semalam kecoh dengan dua lembu dikatakan terlepas dan berkeliaran di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di Kelana Jaya.

Kejadian itu tular selepas video dan gambar mengenainya dimuat naik dengan keterangan 'lembu cuba melarikan diri' sebelum dikorbankan sempena Aidiladha, hari ini.

Dalam satu video berdurasi 14 saat yang dirakam pemandu kereta, jelas menunjukkan dua lembu dewasa di laluan yang sesak kenderaan, dan lebih malang apabila kereta Perodua Myvi didakwa rosak akibat terlanggar seekor daripada lembu itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi bagaimanapun mengesahkan tidak menerima laporan berhubung kejadian.

"Setakat ini tiada laporan diterima. Sedang disemak dari mana lembu berkenaan terlepas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 12:27 AM