SUKARELAWAN menyusun beras untuk mangsa banjir yang disampaikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Pusat Pemindahan Sementara di SK Durian Mentangau. FOTO Ghazali Kori

Helmy Abd Rahman

Kuala Terengganu: Bilangan mangsa banjir di Terengganu sehingga 12 tengah hari masih tiada perubahan berbanding 9 pagi tadi iaitu 204 mangsa daripada 58 keluarga di dua pusat pemindahan.

Pusat pemindahan SK Bukit Gemuroh di Kuala Berang menempatkan 126 mangsa daripada 36 keluarga.

Di Dungun, 78 mangsa daripada 20 keluarga masih lagi ditempatkan di SK Durian Mentangau.

Sejak pagi hingga tengah hari ini keadaan cuaca di Kuala Terengganu agak baik tanpa hujan.

Menurut etindakan.terengganu.gov.my, empat pusat pemindahan di Marang dan Kuala Terengganu/Kuala Nerus ditutup membolehkan 1,064 mangsa daripada 245 keluarga pulang ke rumah masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 2:22 PM