Azizan (berdiri tujuh dari kanan) menyerahkan baucar kepada wakil pelajar miskin dan anak yatim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri pada majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi, sebentar tadi. FOTO Hamzah Osman

Hamzah Osman

Langkawi: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memperuntukkan RM31,000 untuk program Kembali Ke Sekolah sebagai persediaan 316 pelajar miskin dan anak yatim daerah ini menghadapi musim persekolahan 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Datuk Azizan Noordin berkata, setiap pelajar diberi baucar bernilai RM100 dan mereka boleh membeli sendiri pakaian seragam dan alat tulis sebagai persediaan memasuki sesi persekolahan bermula Ahad ini.

Katanya, pelajar yang dipilih bagi menerima sumbangan datang daripada golongan berpendapatan rendah dan anak yatim yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah dan Ayer Hangat.

"Seramai 300 pelajar dari 24 sekolah terbabit dalam program sumbangan ini dan ia adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) LADA untuk membantu pelajar dari golongan memerlukan.

"Selain program hari iniLADA juga menganjurkan lima program lain membabitkan penyertaan 4,700 pelajar sekitar Langkawi dalam usaha membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik sepanjang tahun ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan baucar sumbabgan itu di Auditorium LADA di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 6:52 PM