Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Perintah berkurung di pantai timur Sabah dilanjutkan bermula 25 Disember ini sehingga 9 Januari tahun depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan keselamatan perairan negeri khususnya membabitkan penduduk dan pelancong di situ.

"Ia juga memudahkan tugas penguatkuasaan dilakukan terutamanya memantau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah dan penyeludupan.

" Selain itu, perintah berkurung juga dapat membantu mengatasi masalah penyeludupan yang berlaku di zon pantai timur," katanya.

Perintah berkurung mula diperkenalkan pada 19 Julai lalu membabitkan jarak tiga batu nautika dari pantai di beberapa daerah terlibat seperti Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 8:50 AM