SET sofa kulit, hiasan rustik dan kertas dinding eksklusif menjadi titik fokal utama ruang tamu.
SET sofa kulit, hiasan rustik dan kertas dinding eksklusif menjadi titik fokal utama ruang tamu.
KEUNIKAN kertas dinding ditambah dengan hiasan gaya rustik.
KEUNIKAN kertas dinding ditambah dengan hiasan gaya rustik.
GABUNGAN rustik futuristik dan moden di ruang menonton.
GABUNGAN rustik futuristik dan moden di ruang menonton.
RUANG makan dengan set menjamu selera
RUANG makan dengan set menjamu selera
KEUNIKAN di ruang dapur.
KEUNIKAN di ruang dapur.
AISYAH bersama dua cahaya matanya.
AISYAH bersama dua cahaya matanya.
Hartini Mohd Nawi


Sentuhan dekorasi yang menepati cita rasa tidak hanya khusus pada kediaman di atas tanah semata-mata.

Ia lebih daripada itu dan andai dikurniakan jiwa kreatif, segalanya menjadi kenyataan walaupun di luar jangkaan anda.

Kini, tinggal di kondominium juga memberi peluang kepada pemiliknya mengembangkan idea penataan eksklusif.

Memiliki kondominium berkeluasan kira-kira 1, 550 kaki persegi, pasangan Mohd Zikri Mohd Shairy, 33, dan Aisyah Ramlee, 33, menganggap ia sesuatu yang sangat istimewa.

Lantas selepas mula mendiaminya Ogos lalu, dirasakan dekorasi sempurna perlu diketengahkan supaya rumah baru itu lebih ‘mesra’ menyambut penghuni pulang atau kunjungan tetamu.

Merasakan idea sendiri lebih memberikan impak luar biasa apabila digabungkan dengan sentuhan pereka dalaman profesional, pasangan ini akhirnya memperuntukan bajet untuk menzahirkan dekorasi diimpikan.

Hasilnya, selepas kondominium di Setapak, Kuala Lumpur, ini didekorasikan sebaik mungkin, sesiapa pun tidak menafikan ia mencetuskan aura berbeza.

“Sebenarnya kini besar impak pada setiap ruang yang sebelum ini dekorasinya sekadar menarik di mata kami.

“Hasilnya juga dil uar jangkauan dan kami rasakan berbaloi dengan bajet diaburkan.

“Apatah lagi pereka dalaman profesional merencana dan menzahirkan penataan ruang yang benar-benar menepati cita rasa kami sekeluarga,” kata Aisyah yang berpuas hati dengan pereka dalaman Lentera Creative Home.

Aisyah berkata, awalnya beliau kurang yakin dengan gaya rustik futuristik yang bakal diketengahkan.

Namun, selepas melihat idea penataan di depan mata, serta-merta terbit rasa terharu kerana keindahan itu menjadi impiannya selama ini.

Ia seolah-olah bukan berada di dalam kondominium, sebaliknya banglo besar yang selesa dan luas mata memandang.

Bukan hanya Aisyah, keluarga dan tetamunya turut teruja sebaik melangkah masuk ke kondominium itu, malah kami (penulis serta jurugambar) tidak terkecuali.

Dekorasi rustik (kedesaan) futuristik yang cuba membuktikan bahawa penggunaan perabot dan aksesori hiasan warna ‘kusam’ bukan pendekatan kurang menarik.

Padanan kertas dinding motif pilihan pula melengkap suasana eksklusif dan mewah.

Ruang makan menempatkan set menjamu selera rekaan futuristik dengan warna seakan kayu mencipta kelainan.

Bersebelahannya, kertas dinding motif rustik memperlihatkan visual unik menerusi cermin hiasan di ruang makan.

Ditambah dengan lantai berlamina untuk keselesaan kaki, ia memberikan pengalaman tersendiri baik Aisyah, keluarga mahu pun tetamu.

“Ketika kami berbincang dengan pereka dalaman, sebarang penataan yang diketengahkan perlu mengambil kira fungsi ruang seiring keluasannya.

“Sebagaimana ruang makan dan ruang tamu, ruang lain seperti tempat menonton dan bacaan tidak sepatutnya dipinggirkan.

“Jadi, apabila siap didekorasikan kami terpukau dengan penataan ini. Malah lebih seronok berada di rumah,” katanya.

Berada di sudut bacaan pula, kertas dinding motif deretan buku, kerusi rustik dengan lampu hiasan beralaskan meja antik memberikan sudut pandangan berbeza.

“Sudut ini antara yang paling saya gemari kerana nampak saja kecil, namun sangat bermakna.

“Duduk sambil menatap buku atau bahan bacaan lain dengan kertas dinding motif sama tentunya mendorong untuk lebih lama di sini. Bacaan atau ulang kaji pun lebih fokus,” kata Aisyah yang juga seorang guru.

Sesi temu bual di ruang tamu juga lebih bermakna dengan keselesaan sofa kulit berjenama warna rustik.

Hiasan ringkas di meja kopi dan ‘dinding’ ruang itu bertektur kayu sebenarnya eksklusif dengan kertas dinding pelengkap gaya.

Rak yang mempamerkan koleksi cenderahati dan hiasan rustik turut menarik perhatian sebaik lampu dinyalakan.

Pada masa sama, pereka dalaman turut menggabungkan idea moden dengan rustik futuristik pada ruang menonton.

Keselesaan di ruang itu lebih bermakna dengan pilihan sofa empuk, perhiasan ringkas dan hamparan permaidani motif abstrak.

Bagi mendapatkan impak sama, ruang dapur juga tidak terkecuali dengan dekorasi menarik.

“Kami selesa dengan dekorasi yang dekat dengan jiwa, praktikal selain eksperimen serba sedikit dengan nilai seni dan budaya,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 5:05 AM