PELBAGAI pilihan fabrik dan idea tata hias diketengahkan.
PELBAGAI pilihan fabrik dan idea tata hias diketengahkan.
GAYA eksklusif dan mewah.
GAYA eksklusif dan mewah.

Kepelbagaian cita rasa dan keperluan membuatkan konsep penataan ruang dilihat begitu penting dalam kehidupan.

Tata hias yang menarik dan eksklusif hakikatnya subjektif serta terpulang kepada penilaian masing-masing.

Ini kerana kekuatan daya kreativiti dan kesesuaian reka letak sering bergantung kepada keadaan ruang itu sendiri.

Dalam menilai banyak perkara, Lentera Creative Home tidak pernah kalah melontarkan idea unik buat peminat dunia hiasan dalaman.

Di ruang pameran Lentera Creative Home, idea pelbagai konsep cuba diterapkan menerusi kemasan langsir, kertas dinding, perabot dan aksesori hiasan.

Ketika meraikan pelanggan dan kenalan di Malam Gala Lentera Creative Home dan Pelancaran Galeri Dean Daud Design baru-baru ini, sesuatu istimewa cuba ditonjolkan.

Tetamu tidak melepaskan peluang meninjau segenap ruang untuk melihat lebih dekat idea baru tata hias dari pakar hiasan dalaman itu.

Aneka jenis fabrik langsir dengan motif pilihan sudah cukup untuk membuatkan sesiapa rambang mata.

Konsep ruang yang tampil dengan dekorasi kediaman sebenar juga memberikan idea terbaik untuk anda.

Bukan sekadar langsir, penataan eksklusif di Lentera Creative Home itu mempunyai identiti tersendiri termasuk latar pilihan warna dan pencahayaan.

Pada masa sama kecenderungan masyarakat negara ini yang lebih meminati pelbagai konsep dekorasi menyebabkan kebanyakan fabrik langsir di ruang pameran itu turut menggabungkan gaya suai padan.

Malah, kian ramai pemilik kediaman yang gemar kemasan langsir jenis moden dan kontemporari kerana lebih kelihatan praktikal serta ringkas tata hiasnya.

Apatah lagi konsep berkenaan biasanya tidak terlalu sarat dengan motif bunga-bungaan selain reka bentuk hiasan atau perabot bergaya sederhana.

Seterusnya gaya ringkas, kombinasi warna menarik dan berasaskan material berbeza mengungkapkan suasana lebih selesa, terbuka serta praktikal sekali gus, mencerminkan gaya hidup lebih moden.

Berminat kunjungi Lentera Creative Home di No 15, Jalan DD3A/1, Taman Dato' Demang, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor atau layari Facebook Lenteracreative Home untuk sebarang keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:03 AM