Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) untuk mempromosi nombor pendaftaran khas PATRIOT di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO.
Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) untuk mempromosi nombor pendaftaran khas PATRIOT di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO.
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: 'Promosi Kaw-Kaw sempena PAU 2016'. Medan Perhimpunan Agung UMNO digunakan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) untuk mempromosi nombor pendaftaran khas PATRIOT, bermula hari ini.

Petugas yayasan berkenaan dilihat berada di beberapa kawasan Pusat Dagangan Dunia Putra untuk mempromosi nombor khas berkenaan yang mula diperkenalkan dua tahun lalu.

Sekretariat Media YPNM, Muhammad Mirzan Johor, berkata pihaknya mensasarkan jualan 1,000 nombor dalam promosi kali ini dengan PAU 2016 sebagai tarikan utama.

"Kita mengharapkan semangat patriot ahli parti diterjemah dengan membeli nombor PATRIOT pada harga serendah RM200.

"Tahun lalu jualan memberangsangkan. Ada juga yang mengambil kesempatan bertanya mengenai yayasan. Oleh itu, ini peluang baik untuk mempromosikannya," katanya kepada Harian Metro

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 3:47 PM