NADZIM pada sidang media. FOTO Yusmizal Dolah Aling
NADZIM pada sidang media. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Umar Tawil


Kuala Lumpur: Satu tayangan amal filem Bravo 5 akan diadakan di Quill City Mall di ibu negara, 14 September ini bagi mempromosi semangat cintakan negara.

Ia anjuran Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) sempena sambutan Hari Malaysia dan sebagai usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Pengerusi YPNM, Datuk Nadzim Johan berkata filem berkenaan yang memaparkan perjuagan anggota komando menentang penjajahan komunis mampu menaikkan semangat penonton dan rakyat Malaysia.

"Kebelakangan ini kita berdepan pelbagai isu perkauman dan sensitiviti kaum. Saya difahamkan, filem ini berkisar mengenai perpaduan. Jadi wajar untuk kita sama-sama menyokongnya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Nadzim berkata, pihaknya juga menjemput wakil rakyat dari semua parti termasuk pembangkang untuk menyaksikan filem ini dalam usaha menyemai rasa sayangkan tanah air.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 3:07 PM