PEMAIN negara giat berlatih menjelang pertemuan dengan Vietnam. Gambar kecil, Ong Kim Swee. FOTO Osman Adnan
PEMAIN negara giat berlatih menjelang pertemuan dengan Vietnam. Gambar kecil, Ong Kim Swee. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi


Yangon: Selepas berdebar melihat anak buahnya bermandi peluh ketika menumpaskan Kemboja pada perlawanan pembukaan, jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee menuntut permulaan lebih baik dipamerkan apabila turun dalam aksi lebih getir berdepan Vietnam dalam aksi Kumpulan B Piala AFF 2016 di Stadium Thuwunna hari ini.

Menurut pengendali berusia 45 tahun itu, beliau gembira dengan karakter pemainnya yang bangkit dua kali untuk mengalahkan Kemboja 3-2 namun situasi lebih baik diharapkan pada perlawanan kedua.

“Ia sesuatu yang bagus apabila pemain menunjukkan karakter apabila bangkit mengejar selepas ketinggalan dua kali. Bukan mudah kerana bermain dalam cuaca panas.

“Tapi itu sudah berlalu, perlawanan dengan Vietnam adalah aksi berbeza. Saya berharap tidak ketinggalan kerana akan menyebabkan kami terpaksa berusaha lebih keras. Jadi saya berharap kami bermula dengan positif,” katanya dalam sidang media praperlawanan semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 7:54 AM