SYAZWAN Zainon (tengah) menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Kemboja. FOTO Osman Adnan
SYAZWAN Zainon (tengah) menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Kemboja. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi


Yangon: Pemain sayap Harimau Malaysia Syazwan Zainon bersedia mencari helah meskipun pergerakannya akan dirantai pemain Vietnam dalam pertemuan menarik Kumpulan B Piala AFF di Stadium Thuwunna, esok.

Pemain berusia 27 tahun itu tidak perlu menunggu lama untuk mencipta impak di pentas antarabangsa apabila muncul pemain terbaik perlawanan ketika menang 3-2 ke atas Kemboja dalam aksi pembukaan kumpulan kelmarin.

Ia penampilan keduanya bersama skuad kebangsaan serta yang pertama di kejohanan ini, namun dia membalas kepercayaan jurulatih Datuk Ong Kim Swee dengan meledak gol penyamaan pada minit ke-38 serta kerap mengancam lawan dengan larian pantas di sebelah kiri.

Malah Syazwan hampir meledak gol kedua bagaimanapin rembatannya pada minit ke-46 terkena palang.

Melihat kepada persembahannya itu, tidak mustahil dia akan beraksi pada perlawanan kedua menentang Vietnam esok biarpun Kim Swee memiliki pemain lain seperti Hadin Azman dan Zaquan Adha Radzak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 7:49 AM