UDOM (kanan) taruhan Kemboja robek gawang Harimau Malaysia. Gambar kecil, Tae-Hoon optimis  anak buah mampu calar ego Malaysia.
UDOM (kanan) taruhan Kemboja robek gawang Harimau Malaysia. Gambar kecil, Tae-Hoon optimis anak buah mampu calar ego Malaysia.
Aziman Rosdi


Yangon: Kemboja bersedia untuk melakukan kejutan ke atas skuad Harimau Malaysia biarpun bakal tampil di Kejohanan Piala AFF 2016 Yangon, Myanmar buat kali pertama sejak 2008.

Kemboja layak ke pusingan akhir Piala AFF selepas muncul juara pusingan kelayakan dan biarpun dianggap pasukan bukan pilihan dalam saingan Kumpulan B, skuad bimbingan Lee Tae-Hoon itu tetap mampu mencabar Malaysia, Vietnam dan Myanmar.

Bagi Tae-Hoon, beliau percaya anak buahnya sudah cukup bersedia untuk memberikan tentangan hebat ke atas Harimau Malaysia pada aksi pembukaan di Stadium Thuwunna esok.

“Kami sudah meningkatkan tahap permainan. Kami layak menentang pasukan handalan dan untuk bersaing dengan mereka, kami perlu terus meningkatkan mutu permainan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2016 @ 6:05 AM