AMRI tuntut rakan lebih fokus, jangan mudah dibolosi lawan.
AMRI tuntut rakan lebih fokus, jangan mudah dibolosi lawan.

Yangon: Kapten Harimau Malaysia Amri Yahyah mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak mengulangi kesilapan ketika menang 3-2 ke atas Kemboja dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF semalam jika mereka berhajat untuk melangkah lebih jauh kali ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bergelut dalam cuaca panas di Stadium Thuwunna apabila ketinggalan dua kali sebelum bangkit mencatat kemenangan menerusi jaringan Syazwan Zainon dan ledakan dua gol Amri.

Kesilapan pemain negara ketara kerana menghentikan permainan pada minit kelapan selepas melihat penjaga garisan mengibarkan bendera namun penyerang Kemboja Chan Vathanaka mengambil kesempatan itu dengan menghasilkan gol pertama selepas pengadil dari Oman Abdul Baqi Yaqoob Said Abdullah tetap meneruskan permainan.

“Syukur Alhamdulillah kerana pasukan dapat mencapai kemenangan hari ini (semalam). Tapi kita kena perbaiki kesilapan supaya tidak berlaku lagi pada perlawanan seterusnya.

“Kekeliruan pengadil dengan penjaga garisan menyebabkan kami berhenti bermain kerana penjaga garisan sudah mengangkat bendera. Kami cuba membantah keputusan gol itu tapi pengadil memberitahu kedudukan pemain Kemboja tidak ofsaid kerana bola terkena pemain sendiri (Shahrul Saad).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 5:22 AM