DATUK Ong Kim Swee memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan. FOTO Osman Adnan
DATUK Ong Kim Swee memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi


Yangon: Harimau Malaysia akan turun buat kali pertama dalam kempen Piala AFF 2016 hari ini, namun mereka bagaikan tiada pilihan selain daripada mencatat kemenangan ke atas Kemboja di Stadium Thuwunna Yangon, Myanmar.

Tiga mata penuh pada perlawanan pembukaan Kumpulan B cukup penting buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee kerana jika gagal, laluan lebih sukar menanti berdepan pasukan lebih hebat Vietnam dan Myanmar.

Kim Swee berkata, mereka perlu berhati-hati dalam perlawanan yang berlangsung dalam cuaca panas jam 3 petang (4.30 waktu Malaysia) walaupun perlu menggempur habis-habisan kubu Kemboja bagi mencipta kemenangan.

“Memang saya akan mengarahkan pemain untuk menyerang. Kita perlu menyerang untuk menjaringkan gol kerana kita memerlukan kemenangan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2016 @ 6:09 AM