Thailand's Teerasil Dangda (10) attempts to control the ball as Indonesia's Fachrudin Aryanto watches during the AFF Cup 2016 Group A final round at the Philippine Sports Arena in Bocaue township, Bulacan province, Philippines. Thailand defeated Indonesia 4-2 with Teerasil scoring three goals for Thailand. FOTO AP

THAILAND membuka kempen memburu kejuaraan kelima Piala AFF dengan langkah kanan apabila mengalahkan Indonesia 4-2 di Stadium Sukan Filipina di Bulacan, Filipina.

Pada perlawanan pembukaan Kumpulan A itu, penyerang veteran, Teerasil Dangda menghadiahkan Thailand dengan jaringan hatrik pada miniat ke-36, 79 dan minit-minit terakhir perlawanan.

Pemain tengah, Perapat Notechaiya membuka tirai jaringan pada minit ke-24 sebelum Teerasil menggandakan jaringan untuk Thailand mendahului 2-0 pada separuh masa.

Pada babak kedua, Indonesia bangkit dengan serangan kilat apabila berjaya merapatkan jaringan menerusi Boaz Solossa pada minit ke-53 sebelum menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi jaringan Lerby Eliandry Pong Baru.

Bagaimanapun, Teerasil mengesahkan mata penuh Thailand dengan jaringan hatrik. Thailand akan bertemu dengan Singapura, Selasa ini, sebelum melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang tuan rumah, Filipina, pada 25 Nov ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2016 @ 12:40 AM