KADI menyempurnakan  akad nikah  pada majlis Jom Nikah Peringkat Daerah Kulai.
KADI menyempurnakan akad nikah pada majlis Jom Nikah Peringkat Daerah Kulai.
Ernalisa Othman


Kulai: “Setiap kali solat di sana (tanah suci Makkah), saya berdoa dipertemukan dengan isteri dan tidak sangka doa saya di Jabal Rahmah dimakbulkan Tuhan,” kata Mohamad Alif Mohd Ali, 23, berkongsi kisah cintanya yang bertaut hingga ke jenjang pelamin, semalam.

Mohamad Alif yang juga bilal di bawah Johor Corporation (JCorp) berkata, cinta pandang pertamanya bermula ketika melakukan umrah pada Mei tahun lalu.

“Ketika melakukan ibadah saie, saya terpandang seorang wanita dan hati saya mula terpaut terhadapnya ketika itu.

“Peluang menziarahi Jabal Rahmah tidak disia-saiakan dan berdoa diberi kesempatan bertemunya ketika pulang ke tanah air,” katanya ditemui pada Majlis Pernikahan dan Persandingan Beramai-Ramai di Kulai, semalam.

Menyifatkan jodoh itu percaturan Allah yang terbaik untuknya, dia gembira kerana doa memperisterikan Nur Alya Mohd Ishak, 19, yang berasal dari Johor Bahru dimakbulkan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 5:35 AM