JEMAAH berdoa di Jabal Rahmah di Padang Arafah. FOTO Reuters
JEMAAH berdoa di Jabal Rahmah di Padang Arafah. FOTO Reuters
Agensi

Makkah: Jutaan jemaah haji memenuhi Arafah di Arab Saudi, hari ini, untuk melakukan wukuf yang menjadi kemuncak ibadah itu.

Ketika fajar menyingsing, sekumpulan jemaah membaca ayat al-Quran di atas bukit batu iaitu tempat Rasulullah SAW dipercayai menyampaikan khutbah terakhirnya.

Haji tahun itu boleh menjadi yang terbesar dalam rekod selepas tiga tahun sekatan Covid-19 dengan 2.5 juta jemaah mengerjakan ibadah itu.

Suhu melonjak sehingga 46 darjah Celsius semalam ketika jemaah yang berpayung, mengembara dari sini ke Mina.

Jemaah tidur di khemah sebelum melakukan wukuf di Arafah.

JEMAAH berkumpul di Jabal Rahmah di Padang Arafah. FOTO Reuters
JEMAAH berkumpul di Jabal Rahmah di Padang Arafah. FOTO Reuters

Guru sekolah Mesir, Tasneem Gamal berkata, dia terharu sebaik tiba di Arafah yang menjadi tempat berwukuf.

"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya, saya hidup dengan kegembiraan ," kata wanita berusia 35 tahun itu.

Tasneem mengerjakan haji tanpa mahram lelaki, satu syarat yang dikuatkuasakan pihak berkuasa Arab Saudi sehingga 2021.

Tahun ini, had umur maksimum juga dihapuskan bagi memberi peluang kepada ribuan warga emas untuk ke Tanah Suci.

JEMAAH berdoa di Jabal Rahmah di Padang Arafah. FOTO Reuters
JEMAAH berdoa di Jabal Rahmah di Padang Arafah. FOTO Reuters

Cabaran besar jemaah haji adalah kerana perlu menghabiskan masa berjam-jam untuk berdoa dan membaca al-Quran di Arafah dan di kawasan sekitarnya, ketika suhu tinggi.

Difahamkan, ribuan kakitangan kesihatan bersiap sedia dengan kemungkinan berlakunya kes strok haba dan keletihan.

Risiko haba akan menjadi paling tinggi dari tengah hari hingga 3 petang.

Selepas matahari terbenam, jemaah haji akan menempuh jarak yang singkat ke Muzdalifah, pertengahan antara Arafah dan Mina, untuk tidur di tempat terbuka.

Keesokannya, mereka akan mengutip batu untuk melontar tujuh batu di tiga jamrah yang melambangkan lontaran batu ke arah syaitan.

Perhentian terakhir adalah kembali ke Masjidilharam, di mana mereka akan melakukan tawaf terakhir di Kaabah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2023 @ 12:24 PM