Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Tempoh reman ke atas pengarah jabatan kerajaan yang dipercayai terbabit dengan kes rasuah projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion, dilanjutkan lima hari, di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Bagaimanapun, tiga lagi suspek iaitu timbalan pengarah, 51, ahli perniagaan yang bergelar Datuk, 55, dan akauntan syarikat (milik ahli perniagaan), 50, dilanjutkan selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu selepas tempoh reman ke atas mereka tamat hari ini.

Sebelum itu, semua suspek tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10 pagi tadi, sebelum dibawa masuk ke bilik majistret bersama peguam masing-masing, secara berasingan.

Selasa lalu, pengarah, 54, dan timbalannya, ditahan SPRM di pejabat mereka di Kota Kinabalu minggu lalu selepas didakwa terbabit dengan penyalahgunaan kuasa dalan mengagihkan projek bernilai RM3.3 bilion kepada syarikat proksi dan adik beradik mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 3:06 PM
EMPAT suspek kes rasuah projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion dilanjutkan dibawa ke mahkamah. FOTO Izhari Ariffin
EMPAT suspek kes rasuah projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion dilanjutkan dibawa ke mahkamah. FOTO Izhari Ariffin