Siraj Mohd Zaini


Klang: Lelaki berusia 30-an ditemui mati dalam keadaan terbaring di Jalan Sanggul 1F, Bandar Puteri, di sini, 8.15 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, lelaki yang berkemeja petak biru serta berseluar jeans hitam itu ditemui di belakang deretan kedai di jalan berkenaan.

Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa cedera di kepala, lengan dan anggota badan dipercayai dipukul menggunakan senjata tajam dan tumpul.

"Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain kurang 24 jam lalul kerana tiada unsur pergelutan di kawasan itu selain mangsa tidak memakai kasut.

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2016 @ 1:21 PM